f

Tuesday, July 21, 2015

m i s s m e ?

Assalamualaikum.

Fulamak~ Dah lama gile aku tak update blog aku ni. Did anyone miss me? *wink wink* Anyway, sebelum aku mula merapu dalam ni, aku nak 'late wish' kat korang semua SELAMAT HARI RAYA! And aku pun nak mintak maaf gak sebab tak sempat nak wish salam Ramadhan kat korang dulu. Almaklumlah, aku busy. Lagipun today is the last day of holidays, esok dah kena pi sekolah balik. Huhuhu.
P/s, tak dapat nak taip panjang sangat sebab homework masih menunggu. Cis!

So, setelah sekian lama aku tak on blog ni, memey ar banyak benda yang dah berlaku. Okay lets start with my birthday masa bulan Jun dulu. 16 Jun. It was fun!!! Aku dilayan ibarat seorang puteri. Well afterall, I AM a princess kan? Hehehe. Time tu sekolah aku sambut Hari Sukan, so I celebrated my birthday kat padang sukan. Memang meriah la gak. Ramai geng yang wish birthday kat aku, siap nyanyi pulak tu. Hahaha long story short, I had fun. And yadda yadda yadda... Skip that.

Then puaaasaaa, masa bulan puasa tu kitorang ada peperiksaan akhir penggal satu. Syukur alhamdulillah, markah aku semuanya baik punyaaa! But my Science and History is C. Huhuhu but syukur lah, sebab ujian yang first tu aku dapat E. Haaa, E to C. Amacam? Terbaik der. Masa bulan puasa dulu, alhamdulillah la, aku dapat buat benda yang bermanfaat walaupun puasa aku tak full. Huhuhu. I got a chance to spent my times with the orphans. Best sangat!!! And one thing yang aku tak boleh blah, ada sorang budak kecik ni bukak minda aku. Nak tau dia cakap apa kat aku?

She told me "kak, walaupun saya anak yatim piatu, tapi saya bersyukur."
And I asked her, "bersyukur?"
"Ha ah kak. Mungkin kalau saya ada ibubapa, saya akan jadi anak derhaka. Sebab tu lah Allah pisahkan saya dengan ibubapa saya."

I almost cried. A little girl, 10 tahun, pandai cakap pasal derhaka. Budak zaman sekarang? Meninggikan suara kat mak pun entah ye ke tidak rasa berdosa. Astaghfirullah. Papepun, the kids were nice and we had fun together. We took a lot of photos tapi aku malas nak upload kat sini. InsyaAllah nanti aku letak. Hehehe!

Then raaayaaa! This year's Eid Mubarak was great! Raya pertama, kedua, ketiga memang ramai gile kawan aku yang datang. Mak aku pun hairan sebab sebelum ni, setiap kali hari raya, memang aku ni forever alone macam takde kawan. But tahun ni, ha amek. Habis segala melayu, cina, india, dayak pi beraya rumah aku. Muahahaha seriously, memang meriah sangat raya tahun ni! Alhamdulillah.

Hm, so aku rasa ni je kot. After this nak buat homework pulak. iSedih. Takpe, three freaking months left, then I'm out of school! Hell yea. Bye!